Komunikasi dan teknologi maklumat merupakan komponen yang penting dalam pendidikan. Pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT).
Blog adalah revolusi kepada pemesatan penyebaran maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Selari dengan pergerakan masa, blog telah banyak membantu perkembangan dalam pemikiran manusia dan perspektif pendidikan secara global.
Blog adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu web dan blog atau weblog. Penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog hampir lapan tahun sejak 1994 lagi. Beliau antara blogger terawal yang telah memberikan idea baru dalam dunia penulisan moden.
Jorn Barger
Justin Hall
Pengajaran tradisional dimana guru mengajar di dalam kelas banyak melibatkan komunikasi satu hala. Pembelajaran sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dan seterusnya mengklasifikasikannya sebagai matapelajaran yang sukar difahami dan membosankan.
Dengan adanya media seperti blog, pembelajaran dan mengajaran menjadi lebih menarik kerana terdapat banyak manfaat menggunakan blog dalam pendidikan. Antara kebaikan yang boleh menjadikan blog sebagai medium penting dalam sesi pembelajaran adalah seperti berikut:
1) Lebih kreatif.
Dengan menggunakan teknologi sabagai asas pembelajaran, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif kerana mereka perlu meneroka teknologi secara aktif untuk mendapatkan sesebuah maklumat.
Dengan menggunakan teknologi sabagai asas pembelajaran, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif kerana mereka perlu meneroka teknologi secara aktif untuk mendapatkan sesebuah maklumat.
2. Penggunaan blog dapat membantu pelajar-pelajar berhubung secara terus atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan.
3. Pelajar juga boleh menggunakan blog sebagai medium pembelajaran dengan cara "surfing" maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog lain.
3. Blog boleh menjadi medium di mana kerja pelajar dikutip, disunting, dinilai dan seterusnya diterbitkan untuk pembaca blog dan sebagainya.
4. Selain itu, blog mudah digunakan dalam menghantar penulisan secara "on-line". Jesteru, pelajar dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan.Blog juga senang digunakan melalui kaedah “drag and drop” apabila mahu menyiarkan jurnal atau artikel pembelajaran. Maka ianya sesuai digunakan sesiapa sahaja.
5. Menerusi blog, perkongsian ilmu akan berlaku di antara pelajar dengan pengguna yang lain.
Menurut Cabrera (2002) perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu komuniti atau sebuah organisasi.
Menurut Cabrera (2002) perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu komuniti atau sebuah organisasi.
Kesimpulannya penggunaan blog dalam pendidikan adalah satu inovasi yang begitu penting masa kini. Penggunaan blog secara positif juga akan memberikan input dan manfaat yang berguna kepada para pelajar. Apa yang penting ialah “tepuk dada tanya hati”.











Blog sememangnya sebuah medium yang baik dalam membantu sistem pendidikan semasa.Dengan penggunaan blog pelajar dapat mengasah bakat penulisan mereka dan menjadikan mereka tidak ketinggalan dengan isu-isu yang berbangkit saban hari.Saya sangat bersetuju sekiranya pelajar-pelajar didedahkan dengan blog seawal di peringkat sekolah rendah lagi kerana di usia yang muda mereka bakat penulisan mereka dapat dicungkil.
ReplyDeleteTidak dinafikan blog merupakan salah satu bahan IT yang dikongsi orang ramai bagi bertukari idea, ilmu pengetahuaan dan pandangan. Dengan wujudnya blog, ia memberi peluang bagi orang ranai untuk memyampaikan pemikiran dan pada masa yang sama ia juga menggalakkan kommunikasi dua hala dengan wujudnya ruang komen bagi pertukaran idea masing-masing.
ReplyDeleteCHONG MEI YEN (A126728)
Salaam saudari =)
ReplyDeletePada pandangan saya, penggunaan blog dalam pembelajaran merupakan satu langkah yang dapat menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran. Ini kerana selain mengasah bakat penulisan pelajar dengan menggalakkan pelajar menulis berdasarkan idea-idea bernas mereka, foto dan video turut boleh di "upload" masuk kedalam blog. Dengan adanya elemen seperti penggunaan foto dan video dalam penulisan, ini membuatkan pelajar lebih memahami sesuatu topik yang ingin disampaikan. Tetapi, setiap sesuatu itu pasti ada kelemahan dan keburukannya. Justeru, ibubapa dan pihak sekolah perlu memantau penggunaan blog para pelajar agar ia digunakan dengan cara yang betul dan untuk perkara yang bermanfaat.
RINANE BINTI MOHD SALEH (A127571)
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan cadangan saudari diatas pengajaran dan pembelajaran menggunakan blog. Terdapat banyak faedah menggunakan blog dalam pembeljaran contohnya lebih menarik, lebih mudah boleh belajar melalui online cepat, mudah dan menyenangkan. Dengan ini akan memudahkan perkongsian maklumat diantara satu sama lain.Pembelajran melalui blog juga dapat memudahkan seseorang memahami sesuatu perkara tersebut. Bermacam-macam pendapat juga boleh diutarakan untuk saling membincangkan sesuatu perkara tersebut. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan tidak membosankan.
Nur Syahirah Zamauri
A130608
Salam...
DeleteSaya bersetuju dengan saudari mengenai penggunaan blog untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Blog merupakan salah satu medium untuk para pelajar mengutarakan pendapat dan pandangan masing-masing. Selain itu, para pelajar juga boleh bertukar-tukar pandangan mengenai sesuatu isu atau topik. Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya berlaku. Penggunaan blog juga dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta tidak bosan dan pada masa yang sama akan dapat menarik minat pelajar.
salam...
ReplyDeleteblog merupakan salab satu teknik pembelajaran hari ini. Blog merupakan medium komunikasi yang membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat. Melalui blog memahirkan pelajar dalam penggunaan ICT. Penggunaan blog dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
Nur Farzana Zam Zam
A128151