Saturday, 5 May 2012

10 foto teknologi dan inovasi



1.     Pengesan Barah Payudara Optik


Universiti Nihon, telah memcipta satu peralatan mudah alih yang amat berguna kepada para pengguna. Dengan menggunakan teknologi yang dikenali sebagai kaedah anjakan fasa, pengesan barah payudara mudah alih ini memancarkan pantulan gelombang cahaya sejauh 850nanometer dan mampu mengesan kewujudan sel-sel barah payudara dengan memaparkan imej gelap pada paparan skrin pengesan mudah alih ini justeru ia memudahkan para pengguna untuk mengesan barah payudara. Tidak seperti kaedah mamografi tradisional, dimana payudara perlu diapit rata untuk mengesan sel-sel barah dan menyebabkan pesakit akan berasa sedikit tidak selesa semasa prosedur mamografi dilakukan. Dengan alat ini, pengguna hanya perlu menyentuh detector pada bahagian kulit payudara dan imej akan serta merta dipaparkan pada skrin LCD.





2.    Robot Bantuan Interaktif


RIBA (Robot for Interactive Body Assistance) ialah sebuah robot seberat 400 paun atau 180 kilogram yang dicipta oleh jurutera-jurutera institut RIKEN dan Tokai Rubber Industries. Robot ini dicipta khas untuk mengangkat dan memindahkan pesakit atau bebanan berat mencapai hingga 135 paun atau 61 kilogram.  Robot ini juga dapat mengesan deria sentuhan yang tinggi supaya dapat mengangkat beban dengan selamat dan cermat serta memberikan keselesaan kepada pesakit. Disamping itu juga, robot ini mampu mengenal wajah seseorang dan mematuhi arahan mudah melalui arahan bersuara.





3.   ROBO-NURSE


Toyota ™ Memorial Hospital dengan kerjasama Universiti Kesihatan Fujita di Jepun telah mencipta alat ini untuk kegunaan pesakit-pesakit yang tidak berupaya bergerak kerana mengalami kecederaan dan sebagainya. Dengan adanya alat ini, pesakit yang tidak mampu berdiri dan berjalan dapat melatih anggota kaki mereka untuk melakukan senaman supaya melancarkan perjalanan darah dan merangsang pemulihan saraf-saraf yang rosak. Alat ini mampu menyokong kaki pesakit yang lumpuh supaya mereka mampu berjalan kembali. Selain itu alat ini telah meringankan bebanan penjaga dalam memulihkan kesihatan pesakit. 





4.   Pengesan barah payudara bimbit.


Pemeriksaan sendiri payudara adalah suatu teknik dan cara serta langkah awal dalam mengesan barah payudara. Para ahli perubatan sangat menggalakkan semua individu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan pelbagai kempen kesedaran mengenai barah payudara dianjurkan demi membuka minda masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan sendiri payudara. Oleh yang demikian, alat pengesan barah payudara ini dicipta khas untuk mengesan ketulan-ketulan barah payudaraa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Apabila cahaya dipancarkan pada payudara, pengguna dapat melihat salur atau kapilari-kapilari darah kita. Sekiranya benjolan atau ketulan barah, kita akan dapat melihat tompokan hitam pada payudara apabila cahaya dipancarkan. Dengan bantuan alat ini, para pengguna dapat mengesan kehadiran barah payudara di peringkat awal sekaligus meningkatkan kesedaran mereka untuk mendapatkan rawatan segera.







5.   Bantal penyusuan bayi


Bantal ini direka berkontur supaya seseorang ibu dengan mudah dan selesa menyusukan bayi bereka. Ia juga direka untuk membantu meringankan tekanan pada  belakang, leher dan bahu, bantal ini boleh ditinggikan ketahap yang sesuai bagi mengelakkan bayi tersedak semasa menyusu dan memberi bayi makan. Reka bentuk kontur yang unik juga menggalakkan kedudukan penyusuan yang betul iaitu secara semulajadi bayi memusing kepala kea rah ibu. Bantal ini diperbuat oleh komponen-komponen fabrik yang lembut, selesa dan pejal agar dapat menyokong bayi semasa proses penyusuan berlaku.





6.   Rod magnetik merawat skoliosis


Secara amnya skoliosis dalam kalangan kanak-kanak akan dirawat dengan menanam rod bagi meluruskan tulang belakang. Apabila tulang belakang kanak-kanak membesar,  rod boleh dipanjangkan melalui pembedahan secara berkala. Umumnya, kos pembedahan adalah tinggi dan manyak menimbulkan kompikasi selepas pembedahan. Oleh yang demikian, penyelidik dari Universiti Hong Kong dan San Diego telah mencipta alat ini untuk merawat skoliosis pada kanak-kanak tanpa memerlukan menbedahan berulang. Pendekatan inovasi baru ini bertujuan mengelakkan pembedahan berulang dengan mengawal magnet untuk memanipulasikan rod yang berada dalam tubuh pesakit supaya rod dapat dipanjangkan secara berkala dan pesakit tidak merasai kesakitan semasa prosedur dijalankan. 







7.    ITClamp Menghentikan Pendarahan Trauma di medan Pertempuran


Pendarahan adalah salah satu punca utama kematian. Namun begitu jika dapat menghentikan pendarahan itu, risiko kematian akibat kecederaan dapat dibendung dan dikurangkan. Semasa di medan pertempuran, pergerakkan yang panas dan tangkas menyukarkan pendaraan untuk dihentikan. Oleh yang demikian, Dr. Dennis Filips, pakar bedah trauma bersara telah mencipta ITClamp ini untuk menghentikan pendarahan sekaligus mengurangkan kadar kematian. IT clamp ini dicipta untuk menghentikan pendarahan selain daripada penggunaan tourniquet dan penggunaan agen pembekuan darah yang mana mengambil masa yang lama untuk menghentikan pendarahan.

Ilham dari klip rambut, Filips mereka alat ini yang secara umumnya adalah steril, penyepit plastik berukuran lima sentimeter panjang, dengan jarum melengkung disepanjang rahang klip ini. Dalam situasi trauma, penyelamat akan klipkan alat ini pada luka pendarahan. Jarum melengkung di bahagian rahangnya akan mencangkuk luka dan memberikan tekanan yang membolehkan pembekuan darah berlaku seterusnya menghentikan pendarahan. Alat ini boleh digunakan dalam keadaan kecemasan sehingga ahli perubatan tiba untuk memberi rawatan selanjutnya.





8.    Jam tekanan darah


Jam tekanan darah ini dicipta untuk memudahkan para pengguna memantau tahap kesihatan mereka sendiri. Dengan adanya alat ini, para pengguna tidak perlu lagi untuk pergi melawat ke klinik-klinik kesihatan bagi memantau kesihatan mereka. Mereka boleh memantau tahap kesihatan mereka sendiri dirumah dan dimana-mana sahaja mereka berada. Alat ini juga bersesuaian untuk pengguna yang aktif dan sentiasa bergerak, dalam keadaan apa sahaja pengguna dapat memantau tekanan darah mereka setiap masa yang mereka mahu. Alat ini juga dilengkapi dengan simpanan data dan khidmat jalur lebar tanpa wayar. Bagi pesakit yang tidak mampu untuk pergi ke klinik, mereka boleh menghantar data-data tentang tekanan darah mereka kepada pihak hospital atau klinik berhanpiran yang menggunakan sistem ini. Dalam erti kata lain, alat ini bukan sahaja berfungsi dalam bidam perubatan namun sebagai fesyen kepada penggunanya. 






9.     Lorm Deafblind Manual Alphabet- sarung tangan bergerak lorm


Berkomunikasi dengan orang yang pekak-buta adalah sangat mencabar. Biasanya komunikasi berlaku dengan sentuhan seperti melukis symbol ditapak tangan dengan jari. Namun begitu, apabila orang kurang upaya ini ingin berkomunikasi bersama kita, adalah sukar bagi kita untuk segera memahami sentuhan mereka. Oleh itu, Makmal Rekabentuk Penyelidikan di Jerman telah mencipta sarung tangan lorm ini khusus untuk memudahkan komunikasi berteknologi tinggi untuk orang buta-pekak. Konsepnya mudah lagi berkesan dimana sarung tangan ini di lengkapi sensor tekanan sentuhan yang mana penggunanya boleh mencipta mesej menggunakan alphabet lorm deafblind manual iaitu bahasa universal bagi orang-orang pekak-buta. Mesej tersebut akan dihantar ke tefon mudah alih anda melalui teknologi Bluetooth yang sedia kita guna. Maka penerima akan dapat menerima mesej yang disampaikan oleh orang pekak-bisu dan berlakulah komunikasi yang berkesan.






10.    Oscan-oral cancer scan

Kanser oral menjadi isu utama sejak dewasa kini. Sesetengah pendalaman tidak mempunyai doctor gigi dan jururawat pergigian yang mencukupi dan kemudahan yang lengkap untuk penduduk-penduduknya melakukan rutin pemeriksaan gigi. Untuk mengatasi masalah ini, penyelidik dari Stanford telah menghasilkan alat peranti mengesan keabnormalan oral melalui telefon mudah alih berteknologi canggih (smart-phone) pada peringkat awal.
Manu Prakash, PhD, pembantu profesor biokejuruteraan telah mencipta alat peranti yang dimanakan sebagai Oscan yang mana teknologinya menggunakan smartphone untuk merekod imej oral kaviti secara terperinci dan mengesan luka-luka oral yang boleh dikategorikan sebagai abnormal dan mungkin sel kanser.
Oscan ini ialah bersaiz poket gusi dan menggunakan camera smartphone untuk memancarkan cahayanya iaitu terdiri daripada dua baris cahaya fluoresen diod yang mana menyuluh mulut dan mengesan kesan tompokan-tompokan hitam. Lokasi kanser juga akan rekod bersama imej yang terpancar.


No comments:

Post a Comment