Saturday, 5 May 2012

5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian

i)              SUMBER TENAGA

Sumber tenaga manusia yang mencukupi adalah perlu dalam menjayakan sesuatu pekerjaan, tidak kira apa jua jenis pengkhususan pekerjaan. Demi memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian, keperluan sumber tenaga yang efektif dan berkesan haruslah diperkemaskan terlebih dahulu. Sebagai contoh, untuk merangsang pelajar-pelajar mengaplikasikan teknologi dalam rutin harian, para guru, pensyarah dan seangkatan dengannya perlulah terlebih dahulu memperkasakan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi dewasa kini agar mereka menjadi contoh serta “role model” kepada anak-anak didik mereka.

ii)            KERAJAAN DAN ORGANISASI

Sesuatu pekerjaan atau projek tidaklah sempurna tanpa wujudnya organisasi yang terancang, struktur dan strategi yang jitu. Oleh yang demikian, pihak kerajaan atau organisasi-organisasi yang melaksanakan projek tersebut perlulah mengambil kira dari segala aspek demi menjayakan matlamat yang dikehandaki. Pihak tersebut harus menyediakan kelengkapan peralatan, infrastruktur dan fasiliti yang lengkap searus dengan peralihan zaman. Meraka mestilah “up to date” atau seiringan dengan pemodenan yang berlaku pada masa kini.

iii)           PERANAN MEDIA MASSA

Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa memainkan peranan yang amat penting dalam menerapkan teknologi dan inovasi dalam pendidikan sebagai rutin sehari-hari. Seperti kata bijaksana “dunia dihujung jari” suatu ketika dahulu bukanlah omongan kosong belaka. Sebagai contoh pelajar masa kini acapkali menggunakan internet sebagai sumber utama dalam melaksanakan tugasan berbanding dengan buku-buku yang tersadai di perpustakaan. Namun begitu, adalah lebih molek kiranya individu menggunakan media massa dengan cara positif yakni untuk beroleh manfaat dan kebaikan. Media massa juga haruslah mempromosi atau mencanangkan sesuatu yang berguna kepada manusia sejagat.

iv)           INISIATIF

“Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan” pepatah yang seringkali menggambarkan keinginan supaya dilunaskan dengan berusaha bersungguh-sungguh. Untuk menjadikan teknologi dan inovasi dalam pendidikan sebagai rutin harian, seseorang itu haruslah mempunyai minat, komitmen dan inisiatif demi menjadikan ianya suatu amalan. Minat haruslah dipupuk agar ia terus berkembang sekaligus menjana usaha. Inisiatif dan usaha haruslah seiringan dalam memupuk amalan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Hal ini adalah kerana, “alah bisa tegal biasa”

v)             PENDIDIKAN INTERAKTIF

Teknologi dan inovasi dalam pendidikan dapat dijadikan rutin jika sekiranya wujud pendidikan dan komunikasi secara interaktif. Para pensyarah, guru dan sebagainya boleh melakukan pengajaran, menyampaikan mesej, nota-nota, tugasan di laman web tertentu untuk di muat turun oleh pelajar. Dalam erti kata lain, pengajaran secara maya adalah sebagai wacana dan wadah perkembangan penggunaan teknologi. Fenomena ini justeru dapat menerapkan amalan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan akan menjadi rutin seterusnya.

  1. Nama: Siti FatimahNur Binti Johari
  2. Nombor Matrik: A127834
  3. Tahun Pengajian: 3
  4. Fakulti: Perubatan
  5. Email: s.fatimah29@yahoo.com
  6. Facebook: Siti FatimahNur Johari
  7. url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

No comments:

Post a Comment