Monday, 14 May 2012
Butiran Diri
NAMA : SITI FATIMAHNUR BINTI JOHARI
NO. MATRIK : A127834
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN (SEPENUH MASA)
SEMESTER : 6
TUTORIAL : HARI : KHAMIS
MASA : 16.00-18.00
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER TERABYTE
Sunday, 6 May 2012
Saturday, 5 May 2012
ISU TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN: BLOG MEDIUM PEMBELAJARAN
Komunikasi dan teknologi maklumat merupakan komponen yang penting dalam pendidikan. Pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT).
Blog adalah revolusi kepada pemesatan penyebaran maklumat terutamanya dalam bidang pendidikan. Selari dengan pergerakan masa, blog telah banyak membantu perkembangan dalam pemikiran manusia dan perspektif pendidikan secara global.
Blog adalah singkatan daripada dua perkataan iaitu web dan blog atau weblog. Penggunaan perkataan web blog dimulakan Jorn Barger pada 17 Disember 1997. Namun, seorang pelajar di Kolej Swarthmore, Amerika Syarikat iaitu Justin Hall dipercayai menceburi dunia penulisan blog hampir lapan tahun sejak 1994 lagi. Beliau antara blogger terawal yang telah memberikan idea baru dalam dunia penulisan moden.
Jorn Barger
Justin Hall
Pengajaran tradisional dimana guru mengajar di dalam kelas banyak melibatkan komunikasi satu hala. Pembelajaran sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran tersebut dan seterusnya mengklasifikasikannya sebagai matapelajaran yang sukar difahami dan membosankan.
Dengan adanya media seperti blog, pembelajaran dan mengajaran menjadi lebih menarik kerana terdapat banyak manfaat menggunakan blog dalam pendidikan. Antara kebaikan yang boleh menjadikan blog sebagai medium penting dalam sesi pembelajaran adalah seperti berikut:
1) Lebih kreatif.
Dengan menggunakan teknologi sabagai asas pembelajaran, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif kerana mereka perlu meneroka teknologi secara aktif untuk mendapatkan sesebuah maklumat.
Dengan menggunakan teknologi sabagai asas pembelajaran, pelajar akan menjadi lebih kreatif dan inovatif kerana mereka perlu meneroka teknologi secara aktif untuk mendapatkan sesebuah maklumat.
2. Penggunaan blog dapat membantu pelajar-pelajar berhubung secara terus atas talian (on-line) dengan guru atau rakan-rakan.
3. Pelajar juga boleh menggunakan blog sebagai medium pembelajaran dengan cara "surfing" maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog lain.
3. Blog boleh menjadi medium di mana kerja pelajar dikutip, disunting, dinilai dan seterusnya diterbitkan untuk pembaca blog dan sebagainya.
4. Selain itu, blog mudah digunakan dalam menghantar penulisan secara "on-line". Jesteru, pelajar dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan.Blog juga senang digunakan melalui kaedah “drag and drop” apabila mahu menyiarkan jurnal atau artikel pembelajaran. Maka ianya sesuai digunakan sesiapa sahaja.
5. Menerusi blog, perkongsian ilmu akan berlaku di antara pelajar dengan pengguna yang lain.
Menurut Cabrera (2002) perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu komuniti atau sebuah organisasi.
Menurut Cabrera (2002) perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau kepakaran) ditukar dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu komuniti atau sebuah organisasi.
Kesimpulannya penggunaan blog dalam pendidikan adalah satu inovasi yang begitu penting masa kini. Penggunaan blog secara positif juga akan memberikan input dan manfaat yang berguna kepada para pelajar. Apa yang penting ialah “tepuk dada tanya hati”.
5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian
i) SUMBER TENAGA
Sumber tenaga manusia yang mencukupi adalah perlu dalam menjayakan sesuatu pekerjaan, tidak kira apa jua jenis pengkhususan pekerjaan. Demi memastikan bidang Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian, keperluan sumber tenaga yang efektif dan berkesan haruslah diperkemaskan terlebih dahulu. Sebagai contoh, untuk merangsang pelajar-pelajar mengaplikasikan teknologi dalam rutin harian, para guru, pensyarah dan seangkatan dengannya perlulah terlebih dahulu memperkasakan kemahiran mereka dalam menggunakan teknologi dewasa kini agar mereka menjadi contoh serta “role model” kepada anak-anak didik mereka.
ii) KERAJAAN DAN ORGANISASI
Sesuatu pekerjaan atau projek tidaklah sempurna tanpa wujudnya organisasi yang terancang, struktur dan strategi yang jitu. Oleh yang demikian, pihak kerajaan atau organisasi-organisasi yang melaksanakan projek tersebut perlulah mengambil kira dari segala aspek demi menjayakan matlamat yang dikehandaki. Pihak tersebut harus menyediakan kelengkapan peralatan, infrastruktur dan fasiliti yang lengkap searus dengan peralihan zaman. Meraka mestilah “up to date” atau seiringan dengan pemodenan yang berlaku pada masa kini.
iii) PERANAN MEDIA MASSA
Adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa memainkan peranan yang amat penting dalam menerapkan teknologi dan inovasi dalam pendidikan sebagai rutin sehari-hari. Seperti kata bijaksana “dunia dihujung jari” suatu ketika dahulu bukanlah omongan kosong belaka. Sebagai contoh pelajar masa kini acapkali menggunakan internet sebagai sumber utama dalam melaksanakan tugasan berbanding dengan buku-buku yang tersadai di perpustakaan. Namun begitu, adalah lebih molek kiranya individu menggunakan media massa dengan cara positif yakni untuk beroleh manfaat dan kebaikan. Media massa juga haruslah mempromosi atau mencanangkan sesuatu yang berguna kepada manusia sejagat.
iv) INISIATIF
“Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan” pepatah yang seringkali menggambarkan keinginan supaya dilunaskan dengan berusaha bersungguh-sungguh. Untuk menjadikan teknologi dan inovasi dalam pendidikan sebagai rutin harian, seseorang itu haruslah mempunyai minat, komitmen dan inisiatif demi menjadikan ianya suatu amalan. Minat haruslah dipupuk agar ia terus berkembang sekaligus menjana usaha. Inisiatif dan usaha haruslah seiringan dalam memupuk amalan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Hal ini adalah kerana, “alah bisa tegal biasa”
v) PENDIDIKAN INTERAKTIF
Teknologi dan inovasi dalam pendidikan dapat dijadikan rutin jika sekiranya wujud pendidikan dan komunikasi secara interaktif. Para pensyarah, guru dan sebagainya boleh melakukan pengajaran, menyampaikan mesej, nota-nota, tugasan di laman web tertentu untuk di muat turun oleh pelajar. Dalam erti kata lain, pengajaran secara maya adalah sebagai wacana dan wadah perkembangan penggunaan teknologi. Fenomena ini justeru dapat menerapkan amalan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan akan menjadi rutin seterusnya.
- Nama: Siti FatimahNur Binti Johari
- Nombor Matrik: A127834
- Tahun Pengajian: 3
- Fakulti: Perubatan
- Email: s.fatimah29@yahoo.com
- Facebook: Siti FatimahNur Johari
- url youtube kreatif & inovatif dalam Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
10 video tekonologi dan inovasi
1. e-partogram untuk bersalin
2. ginjal artifisal implan penyelesaian masalah buah pinggan kronik
3. jururawat robot
4. non invasive glucometer
5. pam insulin mikro dan monitor glukosa
6. pembedahan robot
7. pengesan barah payudara bimbit
8. rekod ECG menggunakan iPhone
9. scan salur darah
10. ultrasound bersaiz poket
10 foto teknologi dan inovasi
1. Pengesan Barah Payudara Optik
Universiti Nihon, telah memcipta satu peralatan mudah alih yang amat berguna kepada para pengguna. Dengan menggunakan teknologi yang dikenali sebagai kaedah anjakan fasa, pengesan barah payudara mudah alih ini memancarkan pantulan gelombang cahaya sejauh 850nanometer dan mampu mengesan kewujudan sel-sel barah payudara dengan memaparkan imej gelap pada paparan skrin pengesan mudah alih ini justeru ia memudahkan para pengguna untuk mengesan barah payudara. Tidak seperti kaedah mamografi tradisional, dimana payudara perlu diapit rata untuk mengesan sel-sel barah dan menyebabkan pesakit akan berasa sedikit tidak selesa semasa prosedur mamografi dilakukan. Dengan alat ini, pengguna hanya perlu menyentuh detector pada bahagian kulit payudara dan imej akan serta merta dipaparkan pada skrin LCD.
2. Robot Bantuan Interaktif
RIBA (Robot for Interactive Body Assistance) ialah sebuah robot seberat 400 paun atau 180 kilogram yang dicipta oleh jurutera-jurutera institut RIKEN dan Tokai Rubber Industries. Robot ini dicipta khas untuk mengangkat dan memindahkan pesakit atau bebanan berat mencapai hingga 135 paun atau 61 kilogram. Robot ini juga dapat mengesan deria sentuhan yang tinggi supaya dapat mengangkat beban dengan selamat dan cermat serta memberikan keselesaan kepada pesakit. Disamping itu juga, robot ini mampu mengenal wajah seseorang dan mematuhi arahan mudah melalui arahan bersuara.
3. ROBO-NURSE
Toyota ™ Memorial Hospital dengan kerjasama Universiti Kesihatan Fujita di Jepun telah mencipta alat ini untuk kegunaan pesakit-pesakit yang tidak berupaya bergerak kerana mengalami kecederaan dan sebagainya. Dengan adanya alat ini, pesakit yang tidak mampu berdiri dan berjalan dapat melatih anggota kaki mereka untuk melakukan senaman supaya melancarkan perjalanan darah dan merangsang pemulihan saraf-saraf yang rosak. Alat ini mampu menyokong kaki pesakit yang lumpuh supaya mereka mampu berjalan kembali. Selain itu alat ini telah meringankan bebanan penjaga dalam memulihkan kesihatan pesakit.
4. Pengesan barah payudara bimbit.
Pemeriksaan sendiri payudara adalah suatu teknik dan cara serta langkah awal dalam mengesan barah payudara. Para ahli perubatan sangat menggalakkan semua individu melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan pelbagai kempen kesedaran mengenai barah payudara dianjurkan demi membuka minda masyarakat tentang pentingnya pemeriksaan sendiri payudara. Oleh yang demikian, alat pengesan barah payudara ini dicipta khas untuk mengesan ketulan-ketulan barah payudaraa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita. Apabila cahaya dipancarkan pada payudara, pengguna dapat melihat salur atau kapilari-kapilari darah kita. Sekiranya benjolan atau ketulan barah, kita akan dapat melihat tompokan hitam pada payudara apabila cahaya dipancarkan. Dengan bantuan alat ini, para pengguna dapat mengesan kehadiran barah payudara di peringkat awal sekaligus meningkatkan kesedaran mereka untuk mendapatkan rawatan segera.
5. Bantal penyusuan bayi
Bantal ini direka berkontur supaya seseorang ibu dengan mudah dan selesa menyusukan bayi bereka. Ia juga direka untuk membantu meringankan tekanan pada belakang, leher dan bahu, bantal ini boleh ditinggikan ketahap yang sesuai bagi mengelakkan bayi tersedak semasa menyusu dan memberi bayi makan. Reka bentuk kontur yang unik juga menggalakkan kedudukan penyusuan yang betul iaitu secara semulajadi bayi memusing kepala kea rah ibu. Bantal ini diperbuat oleh komponen-komponen fabrik yang lembut, selesa dan pejal agar dapat menyokong bayi semasa proses penyusuan berlaku.
6. Rod magnetik merawat skoliosis
Secara amnya skoliosis dalam kalangan kanak-kanak akan dirawat dengan menanam rod bagi meluruskan tulang belakang. Apabila tulang belakang kanak-kanak membesar, rod boleh dipanjangkan melalui pembedahan secara berkala. Umumnya, kos pembedahan adalah tinggi dan manyak menimbulkan kompikasi selepas pembedahan. Oleh yang demikian, penyelidik dari Universiti Hong Kong dan San Diego telah mencipta alat ini untuk merawat skoliosis pada kanak-kanak tanpa memerlukan menbedahan berulang. Pendekatan inovasi baru ini bertujuan mengelakkan pembedahan berulang dengan mengawal magnet untuk memanipulasikan rod yang berada dalam tubuh pesakit supaya rod dapat dipanjangkan secara berkala dan pesakit tidak merasai kesakitan semasa prosedur dijalankan.
7. ITClamp Menghentikan Pendarahan Trauma di medan Pertempuran
Pendarahan adalah salah satu punca utama kematian. Namun begitu jika dapat menghentikan pendarahan itu, risiko kematian akibat kecederaan dapat dibendung dan dikurangkan. Semasa di medan pertempuran, pergerakkan yang panas dan tangkas menyukarkan pendaraan untuk dihentikan. Oleh yang demikian, Dr. Dennis Filips, pakar bedah trauma bersara telah mencipta ITClamp ini untuk menghentikan pendarahan sekaligus mengurangkan kadar kematian. IT clamp ini dicipta untuk menghentikan pendarahan selain daripada penggunaan tourniquet dan penggunaan agen pembekuan darah yang mana mengambil masa yang lama untuk menghentikan pendarahan.
Ilham dari klip rambut, Filips mereka alat ini yang secara umumnya adalah steril, penyepit plastik berukuran lima sentimeter panjang, dengan jarum melengkung disepanjang rahang klip ini. Dalam situasi trauma, penyelamat akan klipkan alat ini pada luka pendarahan. Jarum melengkung di bahagian rahangnya akan mencangkuk luka dan memberikan tekanan yang membolehkan pembekuan darah berlaku seterusnya menghentikan pendarahan. Alat ini boleh digunakan dalam keadaan kecemasan sehingga ahli perubatan tiba untuk memberi rawatan selanjutnya.
8. Jam tekanan darah
Jam tekanan darah ini dicipta untuk memudahkan para pengguna memantau tahap kesihatan mereka sendiri. Dengan adanya alat ini, para pengguna tidak perlu lagi untuk pergi melawat ke klinik-klinik kesihatan bagi memantau kesihatan mereka. Mereka boleh memantau tahap kesihatan mereka sendiri dirumah dan dimana-mana sahaja mereka berada. Alat ini juga bersesuaian untuk pengguna yang aktif dan sentiasa bergerak, dalam keadaan apa sahaja pengguna dapat memantau tekanan darah mereka setiap masa yang mereka mahu. Alat ini juga dilengkapi dengan simpanan data dan khidmat jalur lebar tanpa wayar. Bagi pesakit yang tidak mampu untuk pergi ke klinik, mereka boleh menghantar data-data tentang tekanan darah mereka kepada pihak hospital atau klinik berhanpiran yang menggunakan sistem ini. Dalam erti kata lain, alat ini bukan sahaja berfungsi dalam bidam perubatan namun sebagai fesyen kepada penggunanya.
9. Lorm Deafblind Manual Alphabet- sarung tangan bergerak lorm
Berkomunikasi dengan orang yang pekak-buta adalah sangat mencabar. Biasanya komunikasi berlaku dengan sentuhan seperti melukis symbol ditapak tangan dengan jari. Namun begitu, apabila orang kurang upaya ini ingin berkomunikasi bersama kita, adalah sukar bagi kita untuk segera memahami sentuhan mereka. Oleh itu, Makmal Rekabentuk Penyelidikan di Jerman telah mencipta sarung tangan lorm ini khusus untuk memudahkan komunikasi berteknologi tinggi untuk orang buta-pekak. Konsepnya mudah lagi berkesan dimana sarung tangan ini di lengkapi sensor tekanan sentuhan yang mana penggunanya boleh mencipta mesej menggunakan alphabet lorm deafblind manual iaitu bahasa universal bagi orang-orang pekak-buta. Mesej tersebut akan dihantar ke tefon mudah alih anda melalui teknologi Bluetooth yang sedia kita guna. Maka penerima akan dapat menerima mesej yang disampaikan oleh orang pekak-bisu dan berlakulah komunikasi yang berkesan.
10. Oscan-oral cancer scan
Kanser oral menjadi isu utama sejak dewasa kini. Sesetengah pendalaman tidak mempunyai doctor gigi dan jururawat pergigian yang mencukupi dan kemudahan yang lengkap untuk penduduk-penduduknya melakukan rutin pemeriksaan gigi. Untuk mengatasi masalah ini, penyelidik dari Stanford telah menghasilkan alat peranti mengesan keabnormalan oral melalui telefon mudah alih berteknologi canggih (smart-phone) pada peringkat awal.
Manu Prakash, PhD, pembantu profesor biokejuruteraan telah mencipta alat peranti yang dimanakan sebagai Oscan yang mana teknologinya menggunakan smartphone untuk merekod imej oral kaviti secara terperinci dan mengesan luka-luka oral yang boleh dikategorikan sebagai abnormal dan mungkin sel kanser.
Oscan ini ialah bersaiz poket gusi dan menggunakan camera smartphone untuk memancarkan cahayanya iaitu terdiri daripada dua baris cahaya fluoresen diod yang mana menyuluh mulut dan mengesan kesan tompokan-tompokan hitam. Lokasi kanser juga akan rekod bersama imej yang terpancar.
Subscribe to:
Comments (Atom)




















